Motto sekolah di hadapan blok A

Dibuka pada tahun 1926, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur adalah  sekolah aliran teknikal tertua di Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Technical Institute of Kuala Lumpur (TIKL). Sekolah ini terletak di Bandar Tun Razak, dan dikelilingi beberapa sekolah premier dan maktab. Keadaannya yang tenang dengan kehijauan alam sekitar memberikan suasana yang sesuai untuk pembelajaran.

 

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur ialah sebuah sekolah menengah atas yang di buka dengan tujuan memberi pendidikan teknikal kepada para pelajar. Kemasukan ke sekolah ini di buka kepada mereka yang cemerlang di dalam Peperiksaan Menengah Randah (PMR) dan berminat dengan aliran teknikal.  

 

Dataran TI di hadapan blok A
Taman di hadapan blok B

Hari ini terdapat seramai 45 orang guru yang mengajar pelbagai mata pelajaran.  

Sekolah kini mempunyai lebih kurang 750 orang pelajar. Namun, disebabkan polisi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai jurutera, jumlah ini akan meningkat kepada 900 pada tahun 2001.

Buat sementara waktu, sekolah masih belum boleh memberikan kesemua 750 orang pelajar kemudahan asrama. Kesemua 4 blok asrama hanya boleh menampung seramai 500 orang pelajar. Disiplin sentiasa diketatkan untuk memastikan akademik pelajar berada ditahap yang cemerlang . Kemudahan untuk belajar bersendirian atau dalam kumpulan, rekreasi, hiburan dan sukan diberikan kepada warga asrama untuk menyediakan mereka sebelum melihat dunia luar yang penuh cabaran.

 

Asrama blok D putera
Surau besar yang baru sahaja siap di bina  pada akhir tahun 1999

  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Jentera
  • Kejuruteraan Awam
  • Perdagangan

  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Awam / Jentera
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

 

Dewan  utama sekolah
Pelajar-pelajar kejuruteraan awam Pelajar jentera sedang menyiapkan projeknya Pelajar jurusan elektrik sedang membuat amali  di bengkel yang serba moden

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut datanglah ke laman web sekolah kami :

 

 

[ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya

[ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]