Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu. Selepas membuat
tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr
Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri
Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra"
dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul
Rahman Putra
Putrajaya
akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara
dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara.
Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar
dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada
sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini
diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.
|
|
|
Putrajaya
adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan
|
Proses
pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu
juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar
negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya. KOS DAN LOKASI Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak 22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.
|
|
|
Putrajaya
berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan
untuk mencapai matlamat yang dirancang : LANDSKAP
: 38%
dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap
semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia. KEADAAN BANDAR
: Dirancang
mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya.
|
Putrajaya
diilhamkan berdasarkan 3 ideologi :
Konsep
ini adalah mudah. Putrajaya ialah sebuah bandar-dalam-taman yang mempunyai
kualiti kehidupan dan suasana kerja yang seimbang dan ideal. Dari
segi senibinanya, Putrajaya akan menjadi bandar berwajah serba moden.
Dengan perancangan yang teliti, bandar “intelek” ini
bakal memberi peluang kepada rakyat untuk hidup dalam masyarakat yang lebih
progressif. |
|
[ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya ]
[ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]