Taman Wetland menempatkan Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, tempat perkelahan, tapak semaian Wetland, tempat letak kereta dan kawasan hijau serta kemudahan  awam yang lain. Terdapat 2 denai alam didalam kawasan taman yang dilengkapi dengan papan tanda di lokasi-lokasi strategik.  

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Penghayatan Alam adalah :  

  • i- ruang tamu juga menempatkan kaunter pertanyaan

  • ii- ruang pameran

  • iii- anjung pemerhati

  • iv- bilik pandang dengar

  • v- dokumentari video

  • vi- kedai cenderamata

  • vii- pameran kraftangan wetland

  • viii- kafe wetland

  • ix- pejabat pentadbiran

Pusat Penghayatan Alam menggalakkan nilai-nilai yang berkaitan dengan wetland seperti :-   

keupayaan tumbuhan wetland menapis air

pemuliharaan habitat wetland dan hidupan liar yang bergantung padanya

pembangunan yang mesra alam

kegunaan hasil-hasil wetland

 

 

Wetland boleh dianggap sebagai “penapis air” bumi kita. Ia merupakan uatu benteng terhadap kemusnahan alam sekitar. Wetland Putrajaya direkabentuk untuk memperbaiki kualiti air yang mamsuki Tasik Putrajaya.

Tumubuhan-tumbuhan Wetland mempunyai beberapa fungsi iaitu :-   

sebagai penapis yang memerangkap mendapan dan lain-lain bahan apungan

menyerap nutrien.

menyingkirkan bahan toksid

Dengan ini air yang mengalir melalui sel-sel wetland dibersihkan secara sistematik, sekaligus memastikan Tasik Putrajaya selamat untuk aktiviti rekreasi.

 

 

 

 

 

 

Wetland Putrajaya merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang meliputi 24 sel wetland.

Sumber air utama untuk wetland ini mengalir dari Sungai Chua dan Sungai Bisa. Tumbuhan wetland yang sesuai telah ditanam untuk membentuk kawasan rawang dan paya di sel-sel wetland tersebut.

70 spesis tumbuhan wetland asli telah disemai di Tapak Semaian Wetland Putrajaya sebelum Proses penanaman secara berperingkat djalankan. Seterusnya 24 spesis ikan air tawar tempatan telah dilepaskan untuk meningkatkan lagi kepelbagaian biologi sel-sel wetland ini.

 

 

Wetland Putrajaya merangkumi habitat yang berbeza iaitu kawasan rawang, hutan paya dan kawasan air terbuka.

Pembangunannya merangkumi Taman Wetland yang mempunyai kawasan seluas 136 hektar. Setiap habitat wetland berbeza di antara satu sama lain dari pelbagai aspek, termasuklah :-

komposisi flora dan faunanya

paras airnya

kualiti airnya

 

Pusat Penghayatan Alam akan berkembang menjadi pusat maklumat wetland yang serba lengkap demi memenuhi keperluan pengunjung sasaran yang berbeza, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Bahan-bahan yang dipamer atau diedarkan di pusat ini akan bersilih ganti dan dikemaskinikan.

Pusat ini bersedia untuk menganjurkan acara seperti :-

seminar dan bengkel

acara-acara sambutan khas

kursus latihan wetland

Matlamat pusat ini juga untuk menjalin kerjasama di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan universiti-universiti dan lain-lain pusat wetland antarabangsa untuk meningkatkan penyelidikan secara usaha sama berhubung dengan wetland serta pertukaran maklumat.

 

 

 

 

[ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya ] 

[ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]