Make your own free website on Tripod.com

   

 

        Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu.  Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat  Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor  Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.

        Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.  

 

 

 

 

 

 

 

 

       Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terletak di dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru dalam pembinaan bandaraya moden Malaysia. Putrajaya telah dicadangkan untuk menjadi contoh bandar-dalam-taman lengkap dengan jaringan infomasi berdasarkan teknologi multimedia. Oleh itu, sebagai bandar contoh, Putrajaya adalah pusat rakyat Malaysia dan tempat yang ideal untuk pekerjaan, penempatan, bersukan dan pelbagai aktiviti rekreasi.Putrajaya menjanjikan kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya. .  

 

 

                             


        Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999. 

Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.

KOS DAN LOKASI

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak  22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.

   

 

 

 

 

 

 

Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai matlamat yang dirancang :

LANDSKAP         :      38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia.  

KEADAAN BANDAR   :     Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

 

Putrajaya diilhamkan berdasarkan 3 ideologi :

  • Manusia dan Penciptanya

  • Manusia dan manusia

  • Manusia dan alam

  •        Konsep ini adalah mudah. Putrajaya ialah sebuah bandar-dalam-taman yang mempunyai kualiti kehidupan dan suasana kerja yang seimbang dan ideal.

    Dari segi senibinanya, Putrajaya akan menjadi bandar berwajah serba moden. Dengan perancangan yang teliti, bandar “intelek” ini bakal memberi peluang kepada rakyat untuk hidup dalam masyarakat yang lebih progressif.    

     

     

     

     

     

    [ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya

    [ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]

     


    FastCounter by bCentral