Kompleks kerajaan dibina untuk menempatkan jabatan-jabatan kerajaan sejajar dengan matlamat negara untuk menjadikan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia. Kemasukan ke kompleks ini dikawal rapi demi menjaga keselamatan para pekerja. Kompleks ini merupakan tulang belakang kepada pembentukan Presint Kerajaan. Masjid Putra, yang terkenal dengan keunikannya terletak berhampiran kompleks ini.

Jabatan-jabatan yang telah dipindahkan ke kompleks serba baru ini adalah antaranya:
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
Kementerian Dalam dan Luar negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
dan sebagainya

 

Selain itu juga kompleks ini tidak dibuka kepada umum sepertimana yang terdapat di Sri Perdana, Masjid Putra ,Dataran Putra dan sebagainya.

    Bangunan yang dihiasi landskap yang menarik dari arah pandangan tasik yang luas dan di rentasi dengan sebuah jambatan yang lebih dikenali sebagai Jambatan Putra menambahkan lagi seri skop pemandangan pelancong-pelancong dalam dan luar negara.

 

 

 

[ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya

[ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]