Kawasan perdana adalah adalah pusat bandar Putrajaya. Objektifnya adalah untuk membina imej perbandaran yang mantap. Kawasan perdana Putrajaya terdiri daripada lima presint pusat bandar. Pembahagian kawasannya adalah seperti berikut :- 

Presint Kerajaan  [ 1030.2 ekar ]

Presint Komersial  [ 358.6 ekar ]

Presint Awam dan Kebudayaan  [ 257.7 ekar ]

Presint Pembangunan Campuran [ 314.5 ekar ]

Presint Sukan dan Rekreasi  [ 678.1 ekar ]

 JUMLAH [ 3232.5 ekar ] 

Daripada jumlah keseluruhan kawasan perdana itu, 82% atau 2639.2 adalah tanah yang boleh dibangunkan dan bakinya adalah kawasan tasik dan berair. 

Presint-presint kawasan perdana telah direka dan dinamakan mengikut kegunaan masing-masing. Walaubagaimanapun, presint tersebut dikhususkan untuk satu kegunaan sahaja. Sebagai contoh, akan ada beberapa infrastuktur komersial dalam presint kerajaan.

 

 

 

 

 

Presint kerajaan dikhusukan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan. Ia terletak dengan strategik di semenanjung yang dikelilingi oleh tasik. Bangunan-bangunan kerajaan terletak di bahagian selatan dan membentuk bentuk bulan sabit. Ini memberi peluang untuk perancangan bandar yang imaginatif dan reka bentuk arkitek yang memberi inspirasi jika dipandang dari selatan. 

Presint kerajaan mengandungi :-

Kompleks kerajaan

Taman Putra Perdana

Oval Drive

Taman Botanikal

Dataran Putra

Jambatan Putra

Promenade

 

Presint Pembangunan Campuran terletak ke selatan presint kerajaan. Presint ini mengandungi kawasan komersial, kerajaan dan pelbagai guna beserta taman dan kawasan lapang. Antara bangunan baru kerajaan adalah Wisma Putra [ Kementerian Hal Ehwal Luar Negara ].  Presint ini dilengkap dengan kemudahan jaringan jalan raya dan LRT yang lengkap. Kawasan lapang dalam presint ini memberi pemandangan yang menyegarkan.

 Presint ini mengandungi :-

Taman Wawasan

Boulevard

Wisma Putra

Stesen LRT

 

 

 

 

 

 

Presint ini menyediakan bangunan-bangunan untuk kegunaan awam dan kebudayaan. Presint yang terletak di Barat Putrajaya ini merangkumi :-

Masjid Putra

Plaza

Dataran Kebudayaan

Dataran Mahkamah

Dataran Masjid Besar

Ibu Pejabat Perbadanan Putrajaya

 

Presint Komersial adalah pusat beli-belah utama di Selatan Putrajaya. Presint ini akan bercirikan bandar maju di mana akan dimajukan sehingga didominasi oleh bangunan-bangunan pencakar langit dan jaringan pengangkutan. Preint ini akan dilengkapi dengan kemudahan jalan raya yang maju dan LRT.

Infrasturktur dalam presint ini ialah :- 

Plaza/kompleks beli-belah

Kawasan perumahan

Dataran Rakyat

Dataran Khazanah

 

 

 

Presint kedua terbesar di kawasan perdana ini terletak di Selatan Putrajaya. Fungsi utama presint ini adalah untuk memberi konsentrasi pada aktiviti rekreasi aktif mahupun pasif dan pada aktiviti sosial dalam satu kawasan.

 Elemen major di presint ini adalah :-

Stadium

Kompleks Sukan

Padang

Fasiliti rekreasi

Pusat Pameran

Taman Sukan

Kolej

Pusat Kesihatan Sukan

 

 

 

[ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya

[ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]