Make your own free website on Tripod.com

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :  

untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara

untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran”  untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.  

untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.  

untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.  

 

Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :

Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.

Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)

Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. 

 

 

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan.

Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan jalan utama:

South Klang Valley Ekspressway (SKVE)
North South Central Expressway (NSCEL)
Lebuhraya Puchong-Damansara
Lebuhraya KL-Seremban  

 

Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Sentral Link (NSCEL) dan Lebuhraya KLIA. NSCEL yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuhraya Klang Baru (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan NSECL di Persimpangan Nilai.ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

 

 

 

[ Pengenalan ] [ Presint ] [ Kompleks Kerajaan ] [ Sri Perdana ] [ Masjid Putra ] [ Jaringan Pengangkutan ] [ Wetland Putrajaya

[ Webmaster ] [ Penghargaan ] [ Sitemap ] [ SMTKL ]